KUALA LUMPUR, 15 OKT 2011 - Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullah, Sultan Negeri Perak berkenan mencemar duli melawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, hari ini. Kunjungan hormat baginda disambut dengan perbarisan diraja dari Kor Kesihatan Diraja (KKD)
Dalam lawatan tersebut, baginda berkenan untuk melihat demonstrasi 'Hidroterapi', demonstrasi 'Anti Graviti Airmill', dan demonstrasi Chemical Biological Radiation, Nuclear and Explosion (CBRNE) selain melawat dan memberikan sumbangan kepada pesakit-pesakit. Turut menemani baginda sepanjang lawatan adalah Menteri Pertahanan Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Bin Mohd Zin.
Hospital yang dibuka secara rasmi pada Ogos 2009 lalu, di Wangsa Maju yang merentangi kawasan seluas 40 ekar. Ia boleh menempatkan sehingga 347 pesakit dari Angkatan Tentera Malaysia. Hospital Tuanku Mizan Juga dikenali sebagai HAT (Hospital Angkatan Tentera) dan ia dikendalikan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar